Ternyata pesepakbola mereka jauh lebih buruk nasibnya dg pesepakbola kita yach...kasihan banget mereka..hehehe
Walaupun bergelar sebagai pemain bola sepak profesional, beberapa pemain kesebelasan utama Melaka yang beraksi untuk Liga Perdana terpaksa ‘menebalkan muka’ dengan menjadi pembantu kedai makan untuk menampung belanja harian selepas tidak memperoleh gaji sejak tiga bulan lalu.
Difahamkan, pemain termasuk jurulatih skuad negeri ini itu gagal memperoleh gaji mereka daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (Mafa) kerana masalah kewangan.
Lebih malang kerana gaji yang tertunggak sejak Jun lalu itu, ada sebahagian pemain terbabit didakwa terpaksa ‘berputih mata’ selepas kereta mereka ditarik pihak bank kerana ansuran bulanannya gagal dilunaskan.
Ini bukan kali pertama mereka menghadapi tunggakan bayaran gaji kerana pada tahun lalu, Mafa mempunyai tunggakan empat bulan gaji dan tahun sebelumnya pula selama dua bulan.
Menurut sumber, pemain terbabit tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melakukan pelbagai kerja asalkan dapat menampung kehidupan mereka serta keluarga.
Katanya, amat memalukan sebagai pemain bola sepak profesional mereka terpaksa buat apa saja kerja asalkan dapur berasap.
“Itu perjalanan hidup pemain bola sepak Melaka. Macam mana mereka nak beraksi dengan baik, gaji pun tak dapat.
“Mereka (pengurusan) hendak pasukan Melaka selalu menang, tetapi kalau ‘saku kosong’ pun tak berguna juga,” katanya semalam.
Dakwa sumber itu, pemain terbabit sudah bersemuka dengan pihak pengurusan, bagaimanapun alasan yang diberikan ialah Mafa tidak mempunyai wang.
Katanya, Mafa dikatakan hanya bergantung kepada wang yang diperuntukkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk bayaran gaji mereka.
“Semua pemain terbabit juga tidak diberitahu bila gaji mereka akan dilunaskan.
“Mereka juga tertanya-tanya kerana mereka juga memerlukan wang terutama menjelangnya Aidilfitri nanti,” katanya.
Sementara itu, pengurusan Mafa yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai masalah pembayaran gaji itu.
Browse: Home > Kebodohan Babiputra > Tentang Nasib Pesepakbola Melaka..hehehe.
Jumat, 01 Januari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar