KUALA PERLIS: Seorang datuk terpaksa berbelanja besar untuk memastikan cucunya memasuki alam persekolahan selepas kanak-kanak itu dikategorikan sebagai pelajar asing walaupun dilahir dan dibesarkan di negara ini.
BUKTI...Shazriddaniel menunjukkan surat beranaknya yang tertera status bukan warganegara.
Ia berpunca daripada kekeliruan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang meletakkan status bukan warganegara ketika mengeluarkan sijil lahir kepada Shazriddaniel Shamsudin, kira-kira tujuh tahun lalu. Yusof Osman berkata, Shazriddaniel yang dilahirkan di Hospital Besar Kepala Batas, Pulau Pinang, kini tidak mempunyai identiti sebarang negara dan keadaan bertambah sukar apabila dia mula memasuki alam persekolahan kelmarin.
“Cucu saya terpaksa mendaftar sebagai pelajar asing di tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis dan dikenakan yuran tinggi selain tidak memperoleh skim bantuan pinjaman buku teks,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau yang juga seorang nelayan berkata, cucunya dikenakan yuran persekolahan mencecah RM300 dan ia tidak termasuk pembelian buku teks yang dikatakan turut mencecah RM150. Katanya, lebih mengejutkan, butiran bapa Shazriddaniel langsung tidak diisi seolah-olah gagal dikesan, manakala status kewarganegaraan ibunya, Shaffidawati Shafie, 29, juga diletakkan sebagai bukan warga negara. “Kedua-dua ibu bapa Shazriddaniel yang sudah berpisah warga Malaysia, cuma kesilapan mereka berkahwin di selatan Thailand dan tidak mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. “Bagaimanapun, saya tidak pasti mengapa pihak JPN Pulau Pinang mewujudkan kekeliruan sedemikian, sedangkan kami sudah dipanggil untuk ditemubual bagi mengesahkan status kewarganegaraan Shazriddaniel,” katanya.
Browse: Home > Perspektif > Cucu saya dianggap pelajar warga asing..hiks..hiks..hiks..!
Jumat, 15 Januari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar