KUALA LUMPUR: Hobi jijik seorang lelaki yang suka merakam gambar jirannya mandi akhirnya terbongkar apabila perbuatan itu disedari mangsa sebelum dia berjaya merampas telefon bimbit berkenaan ketika berada di bilik air rumahnya di sebuah flet di Jalan Pandan Indah, di sini, kemarin.
Malah, lelaki itu yang takut selepas telefon bimbitnya dirampas sanggup menunggu di depan pintu rumah mangsa kerana mahukan kembali telefonnya itu.
Bagaimanapun, mangsa bertindak bijak menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan mahu mandi sebelum dia terdengar bunyi pelik dari cermin di bilik air rumahnya.
"Mangsa cuba meninjau dan terkejut apabila melihat ada seseorang di luar rumah sedang memegang telefon bimbit berkamera sambil merakam gambarnya.
"Walaupun mangsa menjerit namun lelaki terbabit tetap merakam aksi mangsa yang ketika itu sedang bersiap untuk mandi tanpa perasaan takut," katanya.
Mangsa yang geram dengan perbuatan itu kemudian bertindak berani apabila terus merampas telefon bimbit milik lelaki itu.
Sumber itu berkata, mendengar kekecohan itu, rakan serumah mangsa kemudian membuka pintu dan meninjau di luar rumah sebelum terlihat seorang lelaki tergesa-gesa lari dengan menutup mukanya menggunakan baju.
"Lelaki terbabit cuba masuk ke rumah mangsa tetapi gagal apabila rakan mangsa bertindak menutup pintu.
"Namun, lelaki berkenaan terus menunggu di luar rumah dan merayu supaya telefon bimbitnya dipulangkan bagaimanapun mangsa dan rakannya menghubungi polis kerana bimbang berlaku perkara buruk," katanya.
Sejurus menerima panggilan sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian namun lelaki terbabit sudah melarikan diri.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar