PETALING JAYA: Dua lelaki berpakaian seperti detektif polis dikesan menjalankan kegiatan mengugut mangsa bagi mendapatkan wang segera terutama di kalangan pendatang asing tanpa izin.
Kedua-dua mereka dikesan melakukan lebih 20 kes peras ugut sejak beberapa bulan lalu di sekitar daerah ini.
Lebih mengejutkan mereka mampu menghafal setiap dialog dan prosedur pemeriksaan dilakukan polis untuk meyakinkan mangsa bahawa mereka benar-benar anggota polis yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa terutama warga asing.
Mereka yang berpakaian kemas bersama beg sandang kecil menyerupai imej detektif menyebabkan mangsa sukar membezakan sama ada lelaki terbabit polis tulen atau penjenayah.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan dua lelaki berusia 29 dan 31 tahun itu ditumpaskan selepas kedua-dua suspek cuba memeras ugut seorang lelaki warga asing di Sungai Way di sini.
Menurutnya, polis sebelum ini kerap menerima aduan berhubung kes peras ugut oleh dua lelaki tempatan yang menyamar polis.
“Kedua-dua suspek kerap muncul di sekitar Petaling Jaya untuk memeras ugut pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
“Dalam kes terbaru Khamis lalu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun hampir menjadi mangsa apabila cuba diperas ugut suspek berhampiran PJS8, Sungai Way,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, mangsa sempat melarikan diri sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Susulan laporan itu, polis segera menjalankan siasatan sebelum mengesan kenderaan Viva yang dinaiki kedua-dua suspek.
“Sebaik ditahan, kedua-dua suspek masih cuba berlagak dan menyamar sebagai anggota polis dalam usaha melepaskan diri daripada diberkas,” katanya.
Menurutnya, suspek yang mengaku polis berpangkat detektif berlakon kononnya sedang membuat panggilan telefon kepada pegawai polis bagi menyelesaikan masalah dihadapi.
“Namun, taktik itu tidak berjaya menipu polis sebelum kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. Pemeriksaan awal mendapati, suspek positif mengambil dadah ketika diberkas.
“Polis yang menjalankan pemeriksaan susulan terhadap kenderaan suspek turut menemui jaket biru dan tiga beg sandang kecil yang digunakan untuk menyamar sebagai anggota polis,” katanya.
Menurutnya, polis turut menemui wang tunai RM1,153, komputer riba dan enam telefon bimbit yang dipercayai disamun daripada mangsa sebelum ini. Selain itu, 10 butir pil khayal Up John turut dirampas.
Arjunaidi berkata, suspek berasal dari Puchong dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Kedua-dua suspek direman hingga Khamis ini. Polis percaya penahanan dua suspek terbabit berjaya menyelesaikan tidak kurang daripada 20 kes sama yang dilaporkan kepada polis sebelum ini,” katanya.
Browse: Home > Moralitas > Polis Diraja Malasya Ternyata Tukang Peras Juga..hehehe.
Jumat, 15 Januari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar