Seorang lelaki dalam lingkungan 20-an yang masih dalam perbicaraan kes rogol, ditahan kerana memaksa seorang remaja perempuan dan teman lelakinya melakukan seks oral sebelum merakamkan aksi pasangan itu menggunakan telefon bimbit di air terjun Jeram Tengkek, Padang Lebar, dekat sini.
KUALA PILAH. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba, berkata kejadian berlaku pada Rabu lalu apabila suspek dikatakan memerhatikan pergerakan pasangan remaja berusia 17 tahun terbabit memasuki kawasan itu dan menghampiri mereka.
“Dia kemudian mengugut untuk mencederakan mereka dan mengarahkan pasangan itu melakukan hubungan seks di depannya. Remaja perempuan itu menolak dengan alasan datang bulan menyebabkan suspek memaksanya melakukan seks oral bersama teman lelakinya.
“Pasangan itu yang ketakutan terpaksa mengikut arahan dan suspek merakamkan aksi itu menggunakan kamera telefonnya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Beliau berkata, selepas itu suspek mengarahkan kedua-dua mangsa menyerahkan wang tunai RM70 serta kad pengenalan dan mengugut akan membawa mereka kepada ketua kampung jika enggan berbuat demikian.
Jaafar berkata, tiga hari selepas kejadian itu, suspek menghubungi mangsa perempuan itu untuk mengajaknya melakukan hubungan seks dan mengugut akan menyebarkan rakaman klip itu jika remaja perempuan itu menolak.
Tertekan dengan ugutan itu, mangsa memberitahu rakannya yang kemudian menasihatinya membuat laporan polis. Berikutan laporan mangsa Rabu lalu, polis berjaya menahan suspek.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar