SEPANG: “Saya tak buat apa-apa, dia (bomoh ekor) hanya pegang dan urut perut saya,” kata seorang janda, 40-an, yang ditahan dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di rumah bomoh nombor ekor di Kampung Kelanang, Kuala Langat, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam keadaan tersipu-sipu sambil menutup mukanya di sofa, wanita dari Semenyih itu datang ke rumah bomoh terbabit bagi ‘menurun’ nombor ekor.
Janda terbabit yang bertemankan dua lelaki dan seorang wanita lain, termasuk seorang bekas kakitangan kerajaan berusia 72 tahun dan lelaki bukan Islam dari Kajang datang ke rumah itu bagi mendapatkan nombor ekor enam digit.
Ketika serbuan, wanita terbabit sedang berbaring di atas sehelai sejadah bagi menjalani upacara pemujaan nombor ekor yang dilakukan bomoh terbabit sehingga menampakkan pusat hingga pangkal ari-arinya.
Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali Salina, mengakui datang untuk upacara pemujaan itu bersama rakan bagi mendapatkan nombor ekor.
Sepanjang operasi itu, Salina dan tiga lagi rakan termasuk dua lelaki berusia 44 dan 72 tahun duduk di luar sebuah bilik yang dikhaskan bomoh terbabit bagi menjalankan upacara pemujaan.
Rakannya yang juga warga emas berusia 72 tahun yang mahu dikenali sebagai Hashim, mendakwa hanya mengikut rakannya ke rumah bomoh terbabit.
“Saya ikut-ikut saja rakan untuk ke rumah bomoh ini dan tak tahu menahu mengenai tujuan dia melakukan pemujaan nombor ekor,” katanya yang juga tinggal di Kajang.
Menurutnya, dia tidak menyangka dibawa hingga ke Kuala Langat bagi mencari bomoh terbabit.
Hashim yang juga bekas tentera sentiasa tunduk apabila ditanya mengenai pembabitannya dengan pemujaan nombor eko
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar