Kasihan yach mereka..he he he he he. . . .
Sekali imbas ia kelihatan macam satu usaha mengharumkan nama negara. Seramai 122 anggota Regimen Askar Melayu Di Raja akan dihantar bertugas selama 2 bulan ke luar negara.
Ke manakah mereka dihantar dan apakah misinya?
Perbelanjaan menghantar mereka termasuk tambang, insuran dan pakaian seragam mencecah RM1.9 juta. Tetapi tidak mereka bukannya dihantar untuk mana-mana misi pengaman di negara yang menghadapi konflik. Mereka tidak dihantar ke Timor Leste atau ke Darfur. Anggota kita ini dihantar ke London. Dam misi mereka adalah mengawal Istana Buckingham, Istana St. James, Tower of London dan Istana Winsdor.
Ya anggota tentera terbaik kita dihantar ke London untuk menjaga istana milik Queen Elizabeth!
Kata Menteri Pertahanan ianya suatu penghormatan terhadap kredibiliti anggota tentera kita.
Tetapi penghormatan apa? Saya sangat berbangga dengan apa-apa sahaja tindakan patriotik yang boleh mengharumkan nama negara tetapi maaf, bagi saya menghantar pasukan tentera terbaik kita untuk menjaga istana bekas kuasa penjajah negara kita bagi saya bukannya sesuatu yang patriotik apa lagi boleh dianggap satu penghargaan.
Lebih baik kita belanjakan wang tadi untuk kerja-kerja lain yang lebih bermanfaat malah membelanjakannnya sebagai elaun untuk anggota tadi dan kaum keluarga mereka lebih baik dari memaksa mereka menjaga Istana Queen!
Mereka dijadualkan berlepas pada 16 April ini, saya difahamkan banyak pihak termasuklah NGO membantah misi ke London ini. Kita berharap agar pihak kerajaan menyemak semula pelan tersebut dan kalau boleh membatalkannya, kerana keputusan PRU ke 12 yang baru lalu turut memberi isyarata kepada kerajaan BN agar jangan membzair wang rakyat. Kalau Najib tak ambil iktibar bermakna sahlah BN sama-sekali tidak mengambil kira nasib dan kepentingan rakyat.
Browse: Home > Perspektif > Askar Melayu Menjaga Ibunda tercinta..he he he he..
Minggu, 03 Januari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar