Catatan Seorang Malasya Di Al Azhar - Cairo Egypt
Malasya hari ini yang telah diubah namanya daripada Tanah Melayu satu ketika dahulu dikatakan semakin mengecapi beberapa kemajuan yang “dikatakan” mendapat pengiktirafan seluruh dunia. Walaupun perkara ini masih diragui oleh kebanyakan masyarakat Malasya sendiri, namun sejauh manakah kebenarannya harus dibuktikan secara fakta, bukan setakat menghabiskan air liur semata-mata.
Di sana sini, pimpinan menghebahkan bahawa Malasya adalah sebuah negara Islam yang maju sedangkan dari sudut realitinya, semua perkara tersebut ternafi dengan sendirinya. Apakah kita berbangga dengan pujian warganergara lain yang tidak pernah datang ke Malasya? “Malasya is the best Islamic country”. Inilah salah satu contoh petikan daripada kata-kata mereka. Adakah kita berbangga dengan hanya kata-katanya, sedangkan dia sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Malasya?
Di dalam penulisan kali ini, saya lebih tertarik dengan zaman keruntuhan Malasya yang dihadapi hari ini, di hadapan mata seluruh manusia khususnya masyarakat Malasya sendiri. Ramai yang tertanya-tanya, apakah sebabnya? Mana mungkin Malasya mengalami revolusi tanpa sebarang sebab. Adakah ini hanyalah teori semata-mata? Kajian ringkas ini akan mencungkil segala-galanya. Berdasarkan faktor pen“jahiliyyah”an yang dilakukan, marilah kita berfikir sejenak, sejauh manakah ketepatan kajian ini.
Pempupusan Golongan Ilmuan
Golongan Ilmuan yang dinyatakan di sini, lebih tertumpu kepada golongan berpendidikan, samada agama mahupu akademik. Bagaimanakah perancangan ini dilaksanakan dan apakah tujuannya? Adakah kita boleh menyamakan dengan pembunuhan ratusan ulama’ sepertimana yang dilakukan oleh Saddam Husein satu ketika dahulu?
Perancangan licik dijalankan oleh golongan tertentu untuk menghapuskan institusi golongan Ilmuan, bukanlah melalui pembunuhan atau serangan secara terang-terangan, tetapi mereka melaksanakannya dengan membuatkan golongan ini tidak mendapat mata di kalangan masyarakat. Sekiranya mereka menghapuskannya, ia akan menimbulkan kemarahan dan kebangkitan sepertimana yang terjadi sewaktu zaman penjajahan Malasya dahulu.
Realiti ini boleh disaksikan dengan mata kepala sendiri hari ini. Golongan ilmuan dilemparkan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal dengan pelbagai fitnah yang sangat memalukan. Masyarakat semakin disuap dengan pengaruh-pengaruh sekular yang disalurkan setiap hari sehinggakan golongan Ilmuan sudah dianggap golongan terpencil yang tidak patut diketengahkan.
Sekiranya golongan-golongan ini dinaikkan menjadi pimpinan, mereka akan menggugat kelancaran strategi sekular yang diserap kepada masyarakat. Golongan-golongan pemikir sudah dianggap menjumudkan kemajuan sedangkan apa yang kita lihat hari ini, pemikiran masyarakat Malasya sudah lama dikarati dengan kebebasan yang sentiasa diharap-harapkan oleh golongan sekular.
Golongan Mahasiswa Disekat
Sepertimana penulisan sebelum ini, golongan mahasiswa yang diperalat untuk melancarkan gerakan sekular di universiti-universiti seluruh Malasya. Tidak dinafikan juga, terdapat segolongan yang benar-benar memikirkan tentang bahaya sekular, namun golongan ini dianggap anti kerajaan, sedangkan tuduhan tersebut hanyalah bertujuan untuk memudahkan sebaran sayap sekular.
Apakah yang akan terjadi sekiranya golongan mahasiswa bangkit bersuara dengan autoriti kuasa universiti? Ia akan mengembalikan kepada zaman kecemerlangan mahasiswa merajai kepimpinan Malingsia satu ketika dahulu sehingga melahirkan beberapa tokoh professional seperti Anuar Ibrahim dan ramai lagi yang begitu lantang mengecam kesilapan kerajaan. Apakah mereka takut dengan kebangkitan ini?
Adakah mereka takutkan pengaruh mereka dicemari dengan pemuda-pemuda seperti ini? Inilah sebabnya mereka mengkaderkan beberapa individu untuk dijadikan alat penyekat “penyibuk-penyibuk” seperti ini. Golongan-golongan cemerlang yang akan memajukan Malasya berdasarkan kepimpinan yang telus dan kemajuan yang membangun berdasarkan Islam, bukanlah hanya teori yang direka-reka untuk menutupi perancangan sebenar.
Golongan-golongan ini cuba dinodai hak-hak mereka, contohnya seperti kebebasan bersuara yang sering menjadi pertikaian yang mengatakan bahawa ia adalah hasutan. Logikkah? Kalau begitu apakah hak kebebasan bersuara yang terdapat di dalam perlembagaan persekutuan? Adakah mereka yang hendak menghentam dan menjatuhkan Islam sahaja, diberikan hak kebebasan bersuara ini?
Politik Kotor!
Dunia politik di Malasya hari ini sudah dikatakan tahap terkotor di dalam sejarah dunia. Bermula dengan gila kuasa, gila harta dan sebagainya, menjadikan mereka rakus dengan dunia yang menipu mereka. Mereka sanggup menggadaikan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan kemenangan di pilihanraya. Mereka bukanlah berjuang untuk kepentingan Islam, akan tetapi mereka hanya ingin menjaga gunung emas mereka supaya mereka boleh terus berenang di lautan emas mereka.
Bermacam-macam cara dilakukan, lihatlah ribuan pengundi hantu yang diserap sebagai pengundi mereka. Ikutlah, apa sahaja yang dilakukan, yang pasti mereka boleh mencapai kemenangan untuk terus dengan kekayaan mereka yang dikaut dari duit masyarakat Malasya sendiri. Dengan kehadiran hantu-hantu ini, mereka berjaya “mendakwa” bahawa mereka adalah parti yang mendapat undi majoriti, sedangkan itulah pengakuan yang langsung tidak boleh diiktiraf!
Selain itu, operasi mengampu dan rasuah juga dipraktikkan di musim pilihanraya ini untuk meletakkan kebendaan di hadapan mata masyarakat! Mereka juga membeli pengundi-pengundi semurah RinggitMalasya 50, sedangkan mereka langsung tidak menyedari bahawa RinggitMalasya 50 tersebut akan menjadi saksi penipuan mereka di hadapan Mahkamah Allah SWT. Mereka bebas melakukan apa sahaja di dunia, tetapi mereka lupa bahawa mereka akan dibalas setimpal dengan penipuan dan kelakuan mereka.
Politik kotor ini mula disebarkan di kampus, selari dengan perancangan mereka menjatuhkan golongan Mahasiswa supaya senyap tidak bersuara. Golongan mahasiswa cuba dibudak sekolahkan supaya mereka menjadi pak turut, sedangkan mereka tidak menyedari bahawa bukan semua mahasiswa yang bodoh sepertimana mereka yang diperalat untuk menghancurkan hak kebebasan mereka sendiri.
Kesimpulan
Hanya mereka yang bodoh sahaja mendahagakan duit-duit suapan mereka. Hanya mereka yang bodoh sahaja sanggup merelakan pemikiran mereka diperalat oleh golongan tersebut. Semua manusia dikurniakan akal dan pemikiran, adakah hendak mengesampingkan akal kerana duit? Kerana duit sanggup melakukan apa sahaja? inilah hamba duit, sedangkan mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah hamba Allah. Dan hanya negara komunis dan zionist yang bisa bersikap begitu terhadap warga negaranya sendiri...Salam
Browse: Home > Perspektif > Catatan Pinggiran
Senin, 04 Januari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar