KUALA LUMPUR: Memakai kopiah sambil memegang tasbih. Itulah penampilan seorang lelaki berusia 40-an yang dicekup berkhalwat bersama seorang guru wanita yang juga isteri kepada Imran.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, skandal pasangan terbabit terbongkar selepas penduduk sebuah taman perumahan di pinggir ibu kota membuat pemeriksaan mengejut di rumah lelaki itu.
Pemeriksaan yang dilakukan dengan kerjasama polis itu dibuat selepas menerima aduan mengenai pasangan yang duduk serumah tanpa ikatan perkahwinan.
Selepas pintu diketuk, lelaki terbabit muncul berkopiah dan memegang tasbih. Walaupun hanya mereka berdua di dalam rumah itu, pasangan terbabit cuba menidakkan kesalahan dilakukan.
Antara alasan yang diberi, lelaki terbabit mendakwa hanya membantu wanita yang dalam kesusahan, malah sibuk memberitahu wanita itu diceraikan suaminya dengan talak tiga sebanyak empat kali dan sibuk mengatakan wanita dicekup bersamanya adalah guru yang tahu menilai perkara baik atau buruk.
‘Guru terlampau’ itu pula berkeras mengatakan dia tidak berkhalwat dan tidak takut kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. Pasangan terbabit dibawa ke balai polis dan satu laporan polis dibuat mengenai tangkapan itu.
Pemeriksaan di rumah pasangan berkenaan yang turut disertai wartawan Metro Ahad bersama pengerusi surau taman perumahan berkenaan serta kira-kira 10 penduduk dibuat selepas mendapat maklumat orang ramai.
Dalam pada itu Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani mengesahkan kes berkenaan dirujuk kepada Jais dan kini disiasat.
Browse: Home > Moralitas > Pakai Kopiah, Pegang Tasbih..Tapiiiiiii...he he he.
Sabtu, 30 Januari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar