KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berperwatakan alim kerana sering berkopiah dibelasah selepas perbuatan terkutuknya meliwat seorang remaja diketahui abang ipar mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan kejinya itu, kelmarin.
Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kepong selepas remaja berkenaan menceritakan kepada abang iparnya yang dia diliwat lelaki berkenaan yang berusia pertengahan 50-an.
Sejurus mengetahui cerita itu, abang ipar mangsa kemudian memasang perangkap dengan mengumpan lelaki yang kemaruk seks songsang itu bertemu dengan adik iparnya itu di rumahnya.
Menurut sumber, mangsa mendakwa dia menjadi habuan seks lelaki berkenaan sebanyak lima kali sejak dia berusia 15 tahun, namun tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada keluarganya kerana takut dimarahi.
“Mangsa yang kini berusia 18 tahun mendakwa diliwat lelaki terbabit sejak tiga tahun lalu dan akan dibayar upah supaya mendiamkan diri.
“Namun, dia akhirnya nekad menceritakan kejadian terbabit kepada abang ipar yang kebetulan berkunjung ke rumahnya kelmarin,” katanya.
Menurutnya, abang ipar mangsa kemudian memasang perangkap dengan mengumpan remaja itu yang disuruh pergi ke rumah lelaki terbabit.
“Abang iparnya itu berpesan kepada mangsa supaya melarikan diri dan membuka pintu jika lelaki terbabit mahu membuat perbuatan keji itu terhadapnya.
“Namun, selepas masuk ke rumah, remaja berkenaan langsung tidak keluar membuatkan abang iparnya itu bertindak memecahkan pintu rumah lelaki terbabit,” katanya.
Menurut sumber itu, sejurus pintu dipecahkan, suspek yang ketakutan melihat abang ipar mangsa terus melarikan diri ke tingkat bawah rumah pangsa itu.
“Namun, cubaannya melarikan diri itu gagal apabila dia dikejar sebelum berjaya ditahan dan dibelasah lelaki berkenaan yang terlalu geram dengan perbuatannya itu.
“Bagaimanapun, beberapa penduduk yang melihat suspek dibelasah cuba mententeramkan keadaan dan meminta menyelesaikan perkara terbabit dengan menyuruh abang ipar mangsa membuat laporan polis,” katanya.
Menurutnya, ketika itu lelaki separuh abad berkenaan yang mengalami kecederaan memberi alasan mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memberitahu akan menyerah diri.
“Namun, dia mengambil kesempatan melarikan diri dengan terus memecut keretanya dan langsung tidak pulang ke rumah kerana khuatir ditahan,” katanya.
Difahamkan, mangsa dan suspek tinggal di blok yang sama dan lelaki bernafsu pelik itu sering memakai lebai dan dilihat berperwatakan baik oleh penduduk.
Sumber itu berkata, suspek yang dikenali mangsa itu sehingga kini masih diburu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi sini semalam mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan kes dilakukan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur.
Browse: Home > Gay > Pak Lebai Dibelasah, Setelah Ketahuan Meliwat Seorang Remaja
Kamis, 18 Maret 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar