ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditangkap khalwat bersama kekasihnya berusia 36 tahun di premis mencuci kereta di Bukit Kayu Hitam, awal pagi kelmarin.
Difahamkan, pasangan kekasih yang berada dalam keadaan bogel itu tidak menyedari perbuatan tidak senonoh mereka diintai pihak berkuasa melalui celahan lubang di luar bilik sebuah premis itu, sebelum dicekup. FPRIVATE "TYPE=PICT;ALT="
Mereka dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) dengan bantuan lima anggota polis dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam yang menerima maklumat berhubung kegiatan pasangan itu. Menurut sumber, pasangan itu dicekup kira-kira jam 3.30 pagi selepas penguat kuasa PADKP mengetuk pintu dan mengarahkan pasangan itu membukanya.
"Ketika pintu bilik itu dibuka, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam keadaan tergesa-gesa mencari pakaian dan pihak kami mengarahkan dia menutup tubuhnya dengan selimut, manakala pasangannya sempat memakai seluar tanpa baju.
"Hasil siasatan mendapati, pasangan itu dipercayai bermalam di bilik itu setiap hari berdasarkan maklumat diterima daripada orang awam dan mengesyaki mereka melakukan kegiatan maksiat itu," katanya.
Difahamkan, remaja yang berasal dari Jitra itu sudah berhenti sekolah dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab hiburan di Bukit Kayu Hitam sebelum menjalin hubungan dengan pasangannya itu sejak beberapa bulan lalu.
Sumber itu berkata, lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Kelantan itu pula adalah pemilik premis mencuci kereta itu dan dikatakan mempunyai isteri dan enam anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri pertamanya.
"Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua bilik tidur di premis berkenaan yang mana sebuah lagi bilik disewa empat pekerjanya," katanya.
Beliau berkata, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri.
dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.
Katanya, pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk dibuat laporan polis sebelum dibawa ke pejabat PADKP untuk diambil keterangan dan diberi jaminan sementara menunggu hari perbicaraan.
"Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,"
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar