Kemaren2, Mat Eksis Curi Telepong Bimbit..kah..kah..kah
DAMANSARA: Seorang pemain gitar kumpulan rock terkenal tanah air yang juga ‘kaki lalok’ ditahan polis selepas dikesan cuba memecah masuk rumah jirannya bagi melakukan samun di Flora Damansara, di sini, tengah malam semalam.
Sumber berkata, jiran terbabit melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum suspek dikepung dan ditahan.
“Susulan penahanan lelaki terbabit, pihak kawalan keselamatan pangsapuri itu segera menghubungi polis sebelum dia diserahkan untuk tindakan lanjut. Difahamkan, ketika ditahan, polis menemui peralatan tiub menghisap dadah di dalam beg pinggang miliknya,” katanya.
Suspek yang berambut panjang dibawa ke Balai Polis Mutiara Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan berkenaan.
Katanya, suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.
Menurutnya, suspek adalah abang kepada seorang lagi pemain gitar kumpulan rock sama terkenal awal 1990-an yang turut diburu polis selepas dikaitkan dengan kes mencuri di pangsapuri sama pada 27 Julai lalu.
Dalam kejadian sebelum ini, adik suspek dikehendaki polis selepas dikaitkan dengan tindakan melarikan barang berharga, termasuk sebuah kereta bernilai hampir RM25,000 milik seorang penghuni yang menyewakan rumah kepadanya.
Dalam kejadian itu, mangsa, Jukhairul Azar Hamzah, 27, yang menyewakan satu bilik kepada pemuzik terbabit terkejut apabila mendapati Perodua Kancilnya dilarikan ketika dia tidur bersama isteri.
Gitar elektrik kesayangan mangsa dan dua komputer riba di ruang tamu turut dilarikan.
Browse: Home > Moralitas > Gara-gara Pecah Rumah, Gitaris Ekamatra ditangkap Polis..
Kamis, 18 Maret 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar