KOTA BHARU: Seorang tukang urut mempunyai selera ‘luar biasa’ apabila sanggup menodai seorang warga emas berusia 65 tahun ketika melakukan urutan tradisional untuk mengubati penyakit angin ahmar dihadapi mangsa.
Perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit terbongkar selepas cucu mangsa terhidu aktiviti tidak bermoral suspek. Cucu mangsa berusia 35 tahun kemudian bertanya kepada neneknya itu sekiranya pernah diperlakukan kurang sopan tukang urut berkenaan ketika mengubatinya.
Warga emas itu kemudian menceritakan tembelang tukang urut berkenaan yang pernah menodainya ketika mendapatkan rawatan urutan sekitar Januari lalu.
Cucu warga emas itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, kelmarin.
Rentetan daripada kejadian dua bulan lalu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada hari sama untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, berkata sebelum kejadian, cucu mangsa ada membawa seorang tukang urut lelaki untuk mengurut neneknya yang menghidap angin ahmar sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, ketika itu mangsa berada di dalam bilik sedang diurut lelaki terbabit, manakala cucunya berada di luar.
“Difahamkan, ketika mangsa diurut, suspek mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan itu, tanpa pengetahuan cucu mangsa.
“Selepas melakukan urutan itu, lelaki terbabit yang dipercayai tinggal di sekitar kampung berkenaan kemudian pulang ke rumahnya,” katanya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar