KUALA LUMPUR: Gay durjana! Itu gelaran buat dua lelaki bernafsu songsang yang membelasah seorang lelaki selepas cubaan mereka mengurat dan menggoda mangsa yang sedang berehat di Taman Tasik Permaisuri di sini, tidak dilayan.
Mangsa, seorang lelaki berusia 48 tahun yang menegur perbuatan songsang seorang daripada pengamal homoseks terbabit yang cuba menghampirinya, kemudian diperlakukan dengan biadab apabila dia diludah selain turut dilontarkan batu serta dipukul dengan kayu kerana tidak melayan kerenah mereka.
Difahamkan, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat sedang berehat di kerusi di taman rekreasi berkenaan.
Dia kemudian didatangi seorang daripada lelaki gay berkenaan yang cuba mengurat dan menggodanya.
Menurut sumber, gay terbabit cuba merapati dan menyentuh badan mangsa selain turut ‘mengatur’ ayat untuk memikat lelaki itu.
“Namun, perbuatan jijik itu ternyata tidak disenangi mangsa menyebabkan dia menegur dengan baik dan meminta lelaki bernafsu songsang itu tidak mengganggunya. Bagaimanapun, gay berkenaan langsung tidak mahu menghiraukan teguran mangsa menyebabkan dia sekali lagi cuba menegur dan menasihatinya,” katanya.
Sumber itu berkata, teguran kali kedua itu menyebabkan gay terbabit naik angin dan meludah ke arah mangsa.
“Dia marah dan menuduh mangsa sengaja tidak mahu melayan godaannya selain sombong.
“Mangsa turut naik angin dan turut melakukan perbuatan sama terhadap lelaki homoseks terbabit,” katanya.
Menurut sumber itu, gay terbabit yang berang dengan tindak balas mangsa memanggil seorang rakannya yang ketika itu sedang bersembunyi dalam semak berhampiran kawasan itu.
“Ketika rakannya menghampiri mangsa, gay terbabit mengadu dia diganggu mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil antara mereka.
“Mangsa yang bingung dengan insiden itu cuba mempertahankan diri sambil menerangkan kepada rakan gay terbabit yang dia sebenarnya diganggu dan bukan sebaliknya,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika pertengkaran itu, gay terbabit tiba-tiba melontar batu sebesar penumbuk namun mangsa bernasib baik kerana sempat mengelak.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar