Browse: Home > Rogol > Bohsia Sekolah Habuan Pesta
Kamis, 29 April 2010
Bohsia Sekolah Habuan Pesta
GOMBAK: Biarpun banyak nasihat sudah diberikan, namun masih wujud remaja perempuan liar atau ‘bohsia sekolah’ yang sanggup menjual kehormatan diri kepada kekasih lelaki baru dikenali walaupun tidak sampai seminggu.
Lebih malang, apabila ramai gadis ‘bohsia’ terbabit yang diusung kekasih menjadi habuan pesta seks apabila dirogol bersama rakan lelaki lain.
Dalam kejadian terbaru Isnin lalu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membuat laporan mendakwa diperkosa dua lelaki yang baru dikenali berusia 20-an.
Siasatan mendapati, mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah jenis kebangsaan di Gombak, diperkosa dua lelaki di kawasan rumah panjang Wira Damai di sini.
Sumber polis berkata, mangsa sebelum itu dipujuk suspek yang juga seorang penganggur mengikutnya dengan menunggang motosikal.
“Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang ‘naif’ dan tidak menyedari rancangan jahat suspek mengikut lelaki itu ke sebuah rumah milik rakan lelaki terbabit.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diajak masuk sebelum dirogol bergilir-gilir,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian dihantar pulang ke rumahnya.
“Mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada keluarga sebelum mangsa dibawa untuk membuat laporan di Balai Polis Gombak.
“Susulan laporan itu, polis memberkas kedua-dua suspek terbabit beberapa jam selepas laporan dibuat,” katanya.
Dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun mendakwa diperkosa beramai-ramai empat lelaki di dua lokasi berasingan.
Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa mendakwa dibawa sekumpulan lelaki di dua lokasi di Taman Tun Teja di sini, kira-kira jam 1 pagi dan Blok Anggerik, Rawang pada jam 10 pagi keesokan harinya.
Mangsa mendakwa dirogol bergilir -gilir secara ‘marathon’ oleh suspek yang juga teman lelaki mangsa yang baru dikenali.
Mangsa yang dihantar pulang selepas diperkosa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya.
Susulan itu, mangsa yang berasal dari Bandar Mahkota Cheras di sini, dibawa membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin.
“Polis yang menerima laporan terbabit segera menjalankan siasatan sebelum memberkas keempat-empat suspek berusia awal 20-an. Semua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memuji kecekapan anggotanya menyelesaikan siasatan kes rogol berkenaan dalam tempoh pantas.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar