PADA hari Selasa, 25 Januari 2010, lebih kurang 12 tengah hari saya pergi ke Mahkamah Syariah Alor Setar. Tujuan ke sana adalah untuk mendaftar perkahwinan saya yang disempurnakan di luar negara.
Malangnya saya diberi layanan yang kasar oleh seorang pegawai perempuan di situ dengan memarahi saya, kerana berkahwin di luar negara, tanpa usul periksa mengapa saya berbuat demikian.
Sebenarnya saya seorang pedagang antarabangsa yang merantau ke sana sini, saya bertemu dengan gadis idaman yang bukan beragama Islam. Setelah berkenalan beberapa waktu, saya mengislamkannya dan terus dinikahkan oleh pihak berkuasa agama Islam di negara itu.
Sebelum bernikah saya tidak pernah melakukan apa-apa perbuatan yang ditegah oleh agama Islam.
Saya berkahwin dengannya selepas dia memeluk agama Islam dengan niat suci menghindar dosa zina. Saya insaf, saya melakukan dua kebaikan, iaitu mengislamkan seorang kafir dan selepas itu mengahwininya mengikut sunah Rasul. Saya adalah seorang teruna yang belum pernah berkahwin.
Adalah zalim bagi seorang pegawai agama mengkasari saya apabila saya hendak mendaftarkan suatu perlakuan yang sah di sisi agama dan masyarakat dengan mengandaikan saya adalah seperti sebilangan orang lain yang sudahpun mempunyai isteri dan lari berkahwin lagi satu di luar negara.
Wujudnya birokrasi agama yang memberi gaji kepadanya adalah untuk memberi kemudahan perundangan kepada klien-kliennya, bukan untuk mengherdik mahupun berleter kepada mereka.
Mereka datang untuk mendapat khidmat. Kalau tidak mahu memberi khidmat, tutup sahaja pejabat atau letak jawatan dan cari kerja lain yang fungsinya memarahi dan meleteri orang yang diberi khidmat.
Dengan layanan seperti yang saya alami saya terpaksa mencari pejabat agama Islam di tempat lain untuk mendapat khidmat yang sesuai dengan niat suci saya dan mempunyai pegawai yang betul-betul menghayati nilai-nilai suci agama Islam.
Pengalaman ini memalukan saya di hadapan isteri saya yang baru memeluk Islam dan sedang mempelajari ajarannya yang maha suci ini dan menghayati segala nilai murni dari ajaran ini.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
1 komentar:
Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Email us:(flourishloancredite@gmail.com
Application Form:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Email us(flourishloancredite@gmail.com)
Posting Komentar