adakah ada apa-apa agenda yang tersenbunyi disebalik episod rampasan tanah YBK oleh kerajaan negeri Selangor,
sesiapa yang ada maklumat silalah update di sini...
Kerajaan Selangor didesak tarik balik keputusan rampas tanah YBK
SHAH ALAM 4 Feb. - Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor (MBSDHS) hari ini mendesak kerajaan negeri menarik balik keputusan untuk merampas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di Serendah, Rawang.
Pengerusi MBSDHS, Zulkarnain Abu Hanit (gambar) berkata, desakan itu dibuat kerana tanah berkenaan merupakan anugerah oleh kerajaan negeri sebelum ini kepada golongan miskin serta anak-anak yatim untuk tujuan pembangunan taraf hidup golongan itu.
Menurut Zulkarnain, keputusan kerajaan negeri ketika ini adalah tidak wajar kerana ia tidak memikirkan soal pembelaan ke atas golongan miskin, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).
"Kerajaan negeri seharusnya meneruskan kerjasama dengan YBK seperti pentadbiran terdahulu tanpa wujud sebarang unsur paksaan dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik kepartian,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh 500 ahli MBSDHS yang meminta kerajaan negeri melanjutkan tempoh bayaran balik tunggakan cukai tanah tersebut.
MBSDHS menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad pada pukul 3.30 petang ini.
Turut hadir ialah dua Naib Pengerusi MBSDHS, V. Mugilan dan Liew Pok Boon.
Menurut Zulkarnain, kerajaan negeri juga harus menyokong serta memberikan kerjasama penuh kepada YBK dan bukannya meletakkan syarat-syarat berdasarkan pertimbangan politik.
Tambah Zulkarnain, pihaknya turut menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan pendirian kerajaan negeri yang mahu campur tangan dalam pengurusan YBK sebelum ini.
Katanya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkecuali daripada memihak mana-mana parti politik, tindakan tersebut tidak harus difikirkan sama sekali oleh kerajaan negeri.
Sebaliknya, beliau mahu kerajaan negeri membenarkan YBK menjalankan operasinya secara bebas tanpa pengaruh mana-mana pihak.
"Oleh itu, kita minta supaya kerajaan negeri lanjutkan tempoh bayaran balik tunggakan cukai tanah YBK ini dan membenarkan pembinaan kampus UiTM dibina di Serendah.
"Kita sememangnya amat mengharapkan kampus UiTM itu dibina di Serendah kerana ia bukan hanya memberi peluang pendidikan kepada rakyat khususnya di Hulu Selangor tetapi membantu menjana pembangunan di daerah tersebut serta berupaya meningkatkan taraf ekonomi penduduk,'' jelasnya.
...utusanonline..
Browse: Home > Perspektif > Agenda Di sebalik Rampasan Tanah YBK
Jumat, 05 Februari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar