Browse: Home > Perspektif > Kegelisahan Tetua-tetua Malaysial
Senin, 21 Desember 2009
Kegelisahan Tetua-tetua Malaysial
Sedih bila melihat gelagat Melayu. Bukan sahaja remajanya tetapi yang dah yang dah separuh umur dan yang dah masuk kategori warga emas pun sama juga.
Bagi mereka hidup ini hanyalah untuk berhibur sahaja. Mereka seolah-olah tidak peduli masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakt dunia. Tanyalah, apakah yang mereka fahamkan dengan krisis ekonomi , pemasan global dan sebagainya ?
Kita merasa malu dengan kaum lain bila melihat gelagat mereka ini. Kalau merempit tak payah disebut. 100 % yang terlibat adalah melayu.
Tapi yang ingin saya luahkan ialah KEMARUK BERKARAOKE. Sana sini orang Melayu mabuk berkaraoke. Apa saja majlis pasti ada karaoke. Mungkin kita majlis kahwin tak apa. Ianya hiburan untuk memeriahkan lagi majlis. Okay , kita terima alasan ini.
Tapi bagaimana pulak yang melalak-lalak di warung2 dan digerai2 makan pada waktu malam? Apakah ini satu budaya yang sihat? Jelas sekali menunjukkan bahwa orang Melayu tak faham apa itu pembaziran. Ada duit sikit ini kerja mereka. Melepak-lepak. Menyanyi-nyanyi. Bila kena buang kerja marah2. Sepatutnya dalam keadaan ekonomi buruk seperti hari , mereka mengambil langkah berjimat. Kalau kita pergi ke pusat membeli belah yang menyedaikan kotak2 karaoke, pasti yang melalak didalam kotak itu adalah remaja Melayu. Di tempat saya (hanya pekan kecil) ada juga kotak2 karaoke ini. Pemiliknya (memanglah cina) tetapi yang melalak didalamnya remaja melayu saja. Satu lagu RM1. Bayangkan kalau 4 atau 5 lagu. Kalau yang datang tu muka yang sama aje, berapa mereka belanjakan untuk perkara yang tidak berfaedah. Mereka ini budak2 yang tidak bekerja. Kadang2 saya menyumpah bila memandang muka2 bodoh ini.
Yang di gerai2 makan sampai 1.00 pagi masih terdengar melayu2 ini melalak. Kenapa Melayu jadi begini? Ya, mungkin pemimpin2 umno suka kalau remaja2 melayu tenggelam dengan dunia hiburan. Semuanya berangan nak jadi penyanyi. Mereka peduli apa dengan pergolakan yang berlaku dalam negara. Meraka peduli apa dengan pemimpin2 yang rasuah.
Kalau di kedai 4 nombor ekor pun sama. Nisbahnya 5-3-2. 5 orang melayu,3 cina dan 2 india. Yang melayu dari setiap peringkat umur berbaris menunggu giliran. Ditempat saya kedai ekornya tak jauh dari Masjid (lebih kurang 120 meter). Hari Jumaat ada orang yang kemasjid dan ada orang yang kedai ekor. Lebih buruk lagi yang kekedai ekor ramai dikalangan orang yang dah tua. Bulan puasa sama saja.
Siapakah yang dapat memberi kesedaran kepada kelompok2 ini? Pemimpin umno ? Minta maaf.Melayu jenis ini sebenarnya yang umno sedang usahakan untuk meramaikan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar