Aneh Tapi Nyata, Cuma ada di Malayanjing lho!
SUNGAI DARAH BABI
GEORGETOWN: Projek pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang di sini, yang membabitkan kos kira-kira RM21 juta disifatkan sebagai satu pembaziran.
Itulah kesimpulan yang dibuat oleh nelayan di kawasan berkenaan kerana selepas dua tahun projek itu siap, masalah pencemaran Sungai Pinang terus berlaku.
Lebih menjijikkan, segala kotoran dari pusat pemotongan BABI di pinggir sungai itu seperti lemak dan darah disalirkan terus ke sungai yang menyebabkan air kehitaman serta bau menusuk hidung.
Pusat pemotongan itu dikatakan menyalurkan sisa dan darah BABI ke dalam sungai empat kali seminggu, antara jam 5 petang hingga 6.30 petang dan ketika itu air sungai bertukar menjadi warna hijau pekat atau kemerahan.
Masalah itu bukan saja menimbulkan ketidakselesaan kepada kira-kira 120 nelayan di kawasan itu kerana hasil tangkapan terjejas, selain terpaksa berdepan bau busuk dan kotoran setiap hari.
Berikutan masalah itu, nelayan di kawasan berkenaan yang berpusat di Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Pinang, menuding jari kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana didakwa gagal menguatkuasakan peraturan pembuangan kotoran.
Pihak berkuasa tempatan itu juga didakwa gagal menunaikan janji untuk memindahkan pusat pemotongan BABI yang terletak kira-kira 200 meter dari jeti nelayan ke Butterworth.
Kerajaan negeri juga seolah-olah 'membisu' walaupun mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang membuang kotoran ke dalam sungai, termasuk pengurusan pusat pemotongan BABI.
Ketua Persatuan Nelayan Sungai Pinang, Nazri Ahmad, berkata masalah yang menghantui nelayan sejak kira-kira 20 tahun dijangkakan berakhir apabila projek pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang dilaksanakan.
Bagaimanapun, katanya, melihat kepada keadaan semasa, masalah berkenaan tidak menampakkan jalan penyelesaian.
"Sejak beberapa tahun lalu, MPPP berjanji untuk memindahkan pusat pemotongan itu ke Butterworth, namun, ia hanya tinggal janji.
"Ketika Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membersihkan sungai ini, banyak lemak dan sisa BABI ditemui. Nelayan pula yang terkena air sungai ini, terpaksa menyamak," katanya.
Nazri berkata, sisa dan darah BABI yang disalurkan terus ke sungai bukan saja mencemarkan air dan mengancam hidupan, malah boleh menyebabkan penyakit kulit kepada nelayan.
Katanya, disebabkan bau busuk yang meloyakan dan pemandangan sungai yang kotor, restoran nelayan yang diuruskan oleh unit itu terpaksa gulung tikar dalam tempoh enam bulan.
"Sebelum ini, nelayan mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan, tetapi kini hanya beberapa ratus ringgit," katanya.
Seorang nelayan, Amir Jan Bab Jan, 70, berkata dia terpaksa menjalankan kegiatan sampingan seperti menternak ayam dan menanam sayur untuk menampung perbelanjaan sekeluarga akibat masalah itu.
Projek pembersihan dan rawatan air Sungai Pinang dilakukan secara berperingkat dengan fasa pertama bermula pada Disember 2005 dan siap pada Januari 2007.
Projek di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu, antara lain bertujuan memulihkan kualiti air Sungai Pinang, iaitu antara sungai paling kotor di negara ini.
Selain kos pemulihan sungai itu sebanyak RM21 juta, sebuah jeti nelayan moden yang juga boleh dijadikan jeti pelancongan, turut dibina dengan kos RM3.4 juta.
Ketika perancangan projek itu, pihak berkuasa tempatan berjanji untuk memindahkan pusat pemotongan BABI ke Butterworth tetapi kini hanya tinggal janji.
Sumber : Berita Harian
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar