Browse: Home > Moralitas > Datuk Berhati Hewan..
Sabtu, 07 Agustus 2010
Datuk Berhati Hewan..
DATUK BERHATI HEWAN
BETONG: Perbuatan keji seorang datuk bernafsu haiwan yang sering ‘meratah’ cucu perempuannya berusia 13 tahun terbongkar selepas gadis sunti berkenaan berubah sikap secara mendadak apabila dia enggan pulang dari asrama sekolah ke rumah nenek yang menjaganya pada hujung minggu lalu.
Perubahan sikap itu menimbulkan perasaan curiga ibu kanak-kanak berkenaan lalu menyelidik lebih mendalam sebelum membongkar rahsia pelajar terbabit sering menjadi habuan nafsu buas datuk tirinya.
Lebih memilukan apabila nenek remaja itu sendiri didakwa turut bersekongkol dengan merahsiakan perbuatan suaminya berusia 40-an yang meratah tubuh mangsa sejak lima tahun lalu.
Semuanya terbongkar apabila ibu remaja itu mendesaknya menceritakan hal sebenar kenapa dia enggan pulang ke rumah nenek ketika melawatnya di asrama sekolah, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa tinggal bersama nenek serta datuk tiri sejak 2005 dan diperlakukan perbuatan terkutuk itu ketika pulang bercuti dari asrama pada hujung minggu.
Menurutnya, ketika bertemu ibunya yang melawat asrama Jumaat lalu, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu pulang ke rumah neneknya lagi dan perkara itu menimbulkan kecurigaan kepada wanita terbabit.“Ibu mangsa cuba memujuknya, tapi pelajar tingkatan satu itu berkeras tidak mahu pulang ke rumah neneknya.
“Ibunya kemudian mendesak pelajar itu menceritakan perkara sebenar sehingga mangsa mendedahkan dia sering dirogol datuk tirinya sejak 2005,” katanya.
Terkejut dengan pendedahan anaknya, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong di sini, jam 12.45 tengah hari kelmarin
Mohd Bukhori berkata, lelaki terbabit turut mengugut tidak mahu menghantar cucu tirinya ke sekolah jika dia memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa.
“Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan dan polis sedang memburu suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Nanga Ajau serta nenek mangsa berusia 40-an untuk membantu siasatan.
“Setakat ini, kedua-dua suspek dipercayai sudah menghilangkan diri. Polis sudah ke tempat kerja suspek namun gagal menemuinya,” katanya.
Menurutnya, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar