Sabtu, 02 Januari 2010
Memahami Kekejaman ISA (bag 5)
SIAPA YANG JADI MANGSA ISA?
ISA Digunakan untuk Berbagai-bagai Tujuan Selain Keselamatan Walaupun tujuan ISA diwujudkan oleh kerajaan pada tahun 1960 adalah bagi menghadapi ancaman komunis dan kegiatan subversif terhadap negara, namun akta ini telah digunakan untuk bermacam-macam tujuan selain daripada tujuan yang asal.
Sejak itu, kerajaan telah menjustifikasikan tindakannya menahan pelbagai lapisan rakyat negara ini di atas sebab telah memudaratkan dan mengancam keselamatan negara.
Senarai Mangsa ISA
Senarai mereka yang pernah ditahan di bawah ISA sejak tahun 1960 terdiri daripada mereka yang dikatakan telah mengancam keselamatan negara dengan pelbagai tuduhan. Antaranya adalah:
1. Aktivis-aktivis NGO yang menentang pembinaan empangan Bakun di Sarawak
2. Pembuat pasport palsu
3. Pengklon telefon bimbit
4. Pengklon kad pra-bayar telefon awam
5. Ahli forum yang bercakap untuk menyokong penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan
6. Pembuat IC (kad pengenalan) palsu
7. ‘penyebar khabar angin’ melalui internet
8. ahli-ahli parti pembangkang terutama Parti Buruh dan Parti Rakyat pada tahun 1960an bagi tujuan menghalang mereka mencapai kejayaan dalam pilihan raya yang diadakan pada masa itu
9. ahli kumpulan yang dituduh mengamalkan ajaran sesat
10. pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kumpulan Al-Arqam
11. penganut ajaran Syi’ah
12. ahli-ahli akademik
13. wartawan dan aktivis kebebasan media
14. ahli-ahli politik disebabkan aktiviti dan kepercayaan politik mereka
15. aktivis dan pemimpin pelajar
16. ahli-ahli Parlimen pembangkang dan Ketua Pembangkang di Parlimen
17. orang yang disyaki terlibat sebagai komunis
18. aktivis masyarakat yang membangkang pembinaan plaza tol di Cheras
19. penulis laporan peristiwa Memali menurut versi beliau sendiri sebagai sanggahan terhadap versi kerajaan
20. ahli-ahli politik dan individu-individu yang didakwa terbabit untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia
21. pemimpin dan ahli kumpulan yang didakwa mahu menegakkan negara Islam di Malaysia
22. aktivis kesatuan sekerja yang mengambil tindakan industrial dalam kes Sistem Penerbangan Malaysia dan kesatuan buruh-buruh estet
23. orang yang terlibat memiliki atau mendapatkan senjata api
24. mengedar risalah anti-Amerika dengan berdemonstrasi anak beranak seramai dua orang!
25. Penyokong Reformasi yang mendapatkan khidmat bomoh untuk menjatuhkan Dr. Mahathir!!
26. Setiausaha Perdana Menteri yang dituduh menjadi ejen KGB, Rusia
27. Aktivis reformasi yang dituduh mahu mendapatkan bom
28. Aktivis agama yang didakwa mahu menyebarkan ajaran Kristian
29. Pembuat syiling palsu
30. Orang-orang yang terlibat dengan kegiatan tekong dan pendatang tanpa izin (PATI)
31. Beberapa orang yang didakwa sebagai ahli Pertubuhan Pengganas Antarabangsa
32. Ahli-ahli UMNO yang berpihak kepada Team B semasa krisis UMNO 1987 Tokoh politik yang didakwa menyokong tuntutan Brunei terhadap Limbang di Sarawak
33. Dua orang timbalan menteri yang dituduh ada hubungan dengan wartawan Singapura, membuat ucapan-ucapan di televisyen serta ada hubungan dengan pihak berkuasa Soviet di Kuala Lumpur
34. Ahli politik yang mengkritik dasar pilih kasih kerajaan dalam memberi kontrak dalam projek Lebuhraya Utara-Selatan
35. Pemimpin-pemimpin NGO yang telah berjaya mendapatkan injunksi mahkamah terhadap UEM, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan UMNO daripada terus menerima projek-projek penswastaan daripada kerajaan
36. Aktivis alam sekitar yang menentang kerja-kerja pembalakan di Sarawak
37. Seorang menteri kabinet yang didakwa terlibat menyokong Indonesia semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia
38. Seorang pengarah bank yang didakwa melakukan pecah amanah
39. Orang yang berniat meletupkan empangan
40. Orang yang terlibat dalam kontroversi tentang pemilihan dan perlantikan pengetua-pengetua sekolah jenis kebangsaan Cina yang tidak memiliki kelayakan dalam Bahasa Mandarin
41. Orang yang didakwa menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963
42. Seorang ahli politik dan guru agama yang hendak ditahan dengan menggunakan kekerasan tetapi berakhir dengan pembunuhan di atas alasan beliau melindungi aktivis komunis!
43. Seorang yang menyumbang wang sebanyak RM130.00 kepada umat Islam di Mindanao melalui MILF dan dituduh pengganas
44. Penyokong-penyokong parti politik yang didakwa terlibat dalam isu kafir mengkafir
45. Lima orang ditahan kerana dikaitkan dengan siri kebakaran yang berlaku di bandaraya Kuching, Sarawak
46. Seorang yang terselamat daripada hukuman gantung sampai mati dalam satu kes perbicaraan, setelah mahkamah membebaskannya, beliau ditahan di bawah ISA. Beliau ditahan selam 12 tahun di bawah ISA
47. Anwar Ibrahim setelah matanya lebam dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, tidak pada saat beliau ditahan pada malam 20 September 1998
Pun Boleh Masuk Dalam Senarai
Di samping itu secara terbuka dari semasa ke semasa, kerajaan juga mengancam untuk menggunakan ISA terhadap:
1. Penganalisis kewangan yang membuat laporan yang tidak berpihak kepada kerajaan tentang perkembangan ekonomi negara pada tahun 1998
2. Aktivis-aktivis NGO yang menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa oleh polis
3. Mereka yang terlibat dan mereka yang mengedarkan album-album cetak rompak
4. Mereka yang terlibat dalam penipuan saham di Bursa Saham
5. Mereka yang dituduh sebagai pengkhianat politik
6. Mereka yang menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik
7. Mereka yang menganjurkan fanatik agama di kalangan orang-orang Islam
8. Mereka yang terlibat dalam kumpulan yang digelar “anti-hadith”
9. Mereka yang terlibat mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan program-program kerajaan di kalangan kumpulan minoriti, pekebun, buruh dan peneroka bandar (setinggan)
10. Mereka yang menyebar khabar angin bahawa terdapat ‘pengait’ yang sedang bermaharajalela di Sabah
11. Mengedarkan risalah yang menjejaskan keamanan dan membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat yang boleh menjurus kepada rusuhan kaum
12. Orang yang ditahan bagi tujuan tawar-menawar bagi membuat pengakuan untuk mendapatkan ‘bukti’
13. Ahli-ahli akademik bagi menghalang mereka membincangkan isu jerebu yang melanda negara
14. Wartawan-wartawan asing yang tidak melaporkan ‘dengan benar’ kes perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Read More.. Baca selengkapnya..
Memahami Kekejaman ISA (bag 6)
SIAPA YANG JADI MANGSA ISA? KENAPA ISA DITAKUTI?
Undang-undang Draconian
ISA memang sudah lama mempunyai satu reputasi sebagai satu undang-undang yang amat ditakuti oleh rakyat, khususnya aktivis sosio-ekonomik, politik dan hak asasi manusia di negara ini.
Kebanyakan rakyat Malaysia menyedari bahawa penahanan di bawah ISA bererti seseorang itu akan dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui, ke satu sel soal-siasat yang gelap dan sejuk, kemungkinan diseksa mental atau fizikal atau kedua-duanya sekali dan kemudian dipenjarakan tanpa tempoh yang terhad.
ISA adalah satu undang-undang yang bersifat diktatorial. Ciri-ciri diktator undang-undang ini telah terserlah sejak awal-awal perbahasannya lagi dalam Dewan Rakyat pada tahun 1960 di mana cadangan penubuhan jawatankuasa untuk membincangkan cadangan-cadangan daripada pihak pembangkang telah diketepikan begitu sahaja.
Pindaan-pindaan terhadap ISA pada tahun 1988 dan 1989 ternyata mempunyai fokus untuk menyekat pembangkang daripada terus bersuara di persada politik negara.
ISA juga digelar sebagai white terror dan draconian [1]. ISA dianggap sebagai draconian kerana ia memberi kuasa yang amat luas untuk kerajaan bertindak ke atas sesiapa sahaja di negara ini yang telah melakukan sesuatu tindakan, atau yang baru mahu melakukan sesuatu tindakan yang dianggap mengancam keamanan awam serta keselamatan negara.
Anggapan seumpama itu hanya memerlukan seorang pegawai polis ‘mempunyai sebab untuk percaya’ bahawa seseorang itu telah atau akan melakukan tindakan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.
Empat sebab utama ISA digeruni adalah: (1). takut ditahan di Kem Kamunting, (2). takut menghadapi penderaan dan disoal-siasat di bawah kuasa polis, (3). takut kerana tidak mendapat pembelaan jika kes dibawa ke mahkamah, dan (4). takut kerana terus ditakut-takutkan oleh SB
_____________________
[1] op. Cit. Rais Yatim, hal 245, 254, 257. Lihat The New Encyclopaedia Britannica, 15th Edition, 1987, Jil 4, hal 207. Draconiani> berpunca daripada nama Draco, seorang ahli undang-undang Yunani pada abad ke-7 Sebelum Masihi yang mengenakan sebarang kesalahan jenayah sama ada yang remeh ataupun yang serius yang dilakukan di Athens dengan hukuman bunuh. Sejak itu sebarang undang-undang yang bersifat menekan dan menindas dinamakan sebagai draconian.
Read More.. Baca selengkapnya..
Memahami Kekejaman ISA (bag 7)
SIAPA YANG JADI MANGSA ISA? TAKUT DITAHAN DI KEM KAMUNTING
Kem Tahanan Politik Tersohor Seantero Dunia
Bandar kecil Kamunting di Taiping menjadi terkenal di seluruh dunia kerana ISA. Nama Kamunting yang menggambarkan satu lokasi pagar berduri dan concentration campmemang amat menggerunkan.
Kem Kamunting mengingatkan setiap aktivis rakyat sejak empat dekad dulu lagi bahawa pada bila-bila masa sahaja ia boleh akan dipenjarakan tanpa bicara di situ.
ISA ditakuti dan digeruni kerana adanya Kem Kamunting. Bahkan penahanan di Kem Kamunting telah menjadi collateral terbesar semasa siasatan 60 hari di bawah kuasa polis.
Penahanan di Kem Kamunting bermula dengan dua tahun. Tetapi penahanan itu boleh disambung dua tahun, dua tahun, sehingga bila-bila!
Menteri Dalam Negeri hanya perlu menurunkan tandatangannya ke atas sekeping kertas untuk membolehkan sesuatu perintah tahanan dua tahun dikuatkuasakan.
Sepanjang soal-siasat 60 hari, menjadi satu kebiasaan bagi pegawai-pegawai penyiasat untuk mengulang-ulang menyatakan orang yang ditahan di Kamunting ada yang 2 tahun, ada yang lebih hingga ke 8 dan 12 tahun.
Kem Penderaan Orang-orang Tahanan
Kem Kamunting memberi imej satu lokasi di mana ‘pengganas-pengganas’ komunis telah ditahan bertahun-tahun. Ada pula yang berbelas-belas tahun untuk memulihkan mereka. Kehidupan di Kem Kamunting tidak ubah seperti kem tawanan perang.
Pada tahun 60an dan 70an, mereka yang ditahan di Kem Kamunting melebihi 1,000 orang. Mereka bercucuk tanam, mengendalikan makan minum sendiri, tandas tong serta menguruskan pelupusan najis mereka sendiri.
Tidak kurang pula yang menjadikan najis buangan mereka sebagai baja bagi tanaman yang mereka usahakan itu.
Pada hujung 70an atau awal 80an juga Kem Kamunting menjadi tempat mendera tahanan. Terdapat ketika tertentu orang tahanan dikunci dalam sel-sel mereka dan hanya dibenarkan keluar untuk dua jam sahaja setiap hari untuk tujuan bersenam.
TAPOL – Tahanan Politik
Selain daripada mereka yang dikatakan sebagai pengganas komunis, Kem Kamunting turut menjadi tempat memenjarakan TAPOL, ataupun tahanan politik.
Semasa tahanan beramai-ramai dalam Operasi Lalang pada tahun 1987, para TAPOL merasakan mereka dikurung seperti tahanan di concentration camp dan ditempatkan dalam blok penjara seumpama Long Kesh Prison Camp di Ireland Utara.
Mengenangkan Kem Kamunting sebagai tempat tahanan setanding dengan Long Keshatau Maze Prison di Ireland Utara, atau seperti Robben Island di Afrika Selatan ataupun seperti Alcatraz di San Francisco Bay inilah yang menambahkan kegerunanan aktivis rakyat di negara ini bila diingatkan tentang ISA.
Gerun kerana Memikirkan Mungkin Ditahan Bertahun-tahun Lamanya
Kem Kamunting mengingatkan aktivis rakyat tentang hidup terpenjara dan kehidupan yang telah dirampas kebebasan diri.
Kegerunan ini bertambah meningkat apabila memikirkan sesiapa sahaja boleh ditahan dan dipenjara bertahun-tahun tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah dan tanpa melalui proses perbicaraan.
Bagi TAPOL, Kem Kamunting adalah pusat terhimpunnya segala kezaliman yang turut dialami oleh tahanan-tahanan politik di tempat-tempat lain di dunia.
Seperti apa yang dirasakan oleh Mumia Abu Jamal, seorang tahanan politik berkulit hitam di Amerika Syarikat apabila beliau mengatakan: “Distrust anyone in whom the desire to punish is powerful”.
Atau tahanan politik kaum Red Indian di Amerika Syarikat, Leonard Peltier dengan luahan hatinya: “Innocence is the weakest defense. Innocence has a single voice that can only say over and over again, ‘I didn’t do it’. Guilt has a thousand voices, all of them lie” dan menambah: “It seems it’s always the innocence who pays the highest price for injustice”.
Mumia turut menambah: “Under the government that imprisons any men unjustly, the true place for a just man is also a prison”. Mumia turut meluahkan: “We are all robbed of our innocence and are therefore all condemned to guilt”.
Suara TAPOL Suara Sejagat
Sama ada dihumban ke Kem Kamunting ataupun dipenjarakan di Amerika Syarikat, bagi TAPOL laungan suaranya tetap sama.
Leonard Peltier berkata: “Since you can never believe anything the government says, it’s impossible to trust a single piece of their evidence”. Apatah lagi penahanan TAPOL di Malaysia dilakukan tanpa perbicaraan dan TAPOL hanya dibekalkan dengan alasan-alasan tahanan yang penuh dengan fitnah, dusta dan penipuan.
Demikian juga TAPOL di negara China pada satu masa dahulu, Wei Jingsheng berkata: “It later became apparent to me that everything they had said was a lie from start to finish”.
Beliau menambah: “I had also adopted a new bias: unless there was solid evidence to convince me otherwise, I would regard all power holders as ruthless people lacking in conscience who had built their success on other’s misfortune”.
Ya! ISA ditakuti dan digeruni kerana ia adalah satu instrumen yang digunakan untuk mengekalkan status quo kuasa parti yang memerintah yang tidak mempedulikan persoalan maruah untuk menghumban sesiapa sahaja yang menentang atau mencabar status quo tersebut ke Kem Kamunting bertahun-tahun atau berbelas-belas tahun lamanya.
Read More.. Baca selengkapnya..
Memahami Kekejaman ISA (bag 8)
SIAPA YANG JADI MANGSA ISA? TAKUT DITAHAN DI KEM KAMUNTING
Kem Tahanan Politik Tersohor Seantero Dunia
Bandar kecil Kamunting di Taiping menjadi terkenal di seluruh dunia kerana ISA. Nama Kamunting yang menggambarkan satu lokasi pagar berduri dan concentration campmemang amat menggerunkan.
Kem Kamunting mengingatkan setiap aktivis rakyat sejak empat dekad dulu lagi bahawa pada bila-bila masa sahaja ia boleh akan dipenjarakan tanpa bicara di situ.
ISA ditakuti dan digeruni kerana adanya Kem Kamunting. Bahkan penahanan di Kem Kamunting telah menjadi collateral terbesar semasa siasatan 60 hari di bawah kuasa polis.
Penahanan di Kem Kamunting bermula dengan dua tahun. Tetapi penahanan itu boleh disambung dua tahun, dua tahun, sehingga bila-bila!
Menteri Dalam Negeri hanya perlu menurunkan tandatangannya ke atas sekeping kertas untuk membolehkan sesuatu perintah tahanan dua tahun dikuatkuasakan.
Sepanjang soal-siasat 60 hari, menjadi satu kebiasaan bagi pegawai-pegawai penyiasat untuk mengulang-ulang menyatakan orang yang ditahan di Kamunting ada yang 2 tahun, ada yang lebih hingga ke 8 dan 12 tahun.
Kem Penderaan Orang-orang Tahanan
Kem Kamunting memberi imej satu lokasi di mana ‘pengganas-pengganas’ komunis telah ditahan bertahun-tahun. Ada pula yang berbelas-belas tahun untuk memulihkan mereka. Kehidupan di Kem Kamunting tidak ubah seperti kem tawanan perang.
Pada tahun 60an dan 70an, mereka yang ditahan di Kem Kamunting melebihi 1,000 orang. Mereka bercucuk tanam, mengendalikan makan minum sendiri, tandas tong serta menguruskan pelupusan najis mereka sendiri.
Tidak kurang pula yang menjadikan najis buangan mereka sebagai baja bagi tanaman yang mereka usahakan itu.
Pada hujung 70an atau awal 80an juga Kem Kamunting menjadi tempat mendera tahanan. Terdapat ketika tertentu orang tahanan dikunci dalam sel-sel mereka dan hanya dibenarkan keluar untuk dua jam sahaja setiap hari untuk tujuan bersenam.
TAPOL – Tahanan Politik
Selain daripada mereka yang dikatakan sebagai pengganas komunis, Kem Kamunting turut menjadi tempat memenjarakan TAPOL, ataupun tahanan politik.
Semasa tahanan beramai-ramai dalam Operasi Lalang pada tahun 1987, para TAPOL merasakan mereka dikurung seperti tahanan di concentration camp dan ditempatkan dalam blok penjara seumpama Long Kesh Prison Camp di Ireland Utara.
Mengenangkan Kem Kamunting sebagai tempat tahanan setanding dengan Long Keshatau Maze Prison di Ireland Utara, atau seperti Robben Island di Afrika Selatan ataupun seperti Alcatraz di San Francisco Bay inilah yang menambahkan kegerunanan aktivis rakyat di negara ini bila diingatkan tentang ISA.
Gerun kerana Memikirkan Mungkin Ditahan Bertahun-tahun Lamanya
Kem Kamunting mengingatkan aktivis rakyat tentang hidup terpenjara dan kehidupan yang telah dirampas kebebasan diri.
Kegerunan ini bertambah meningkat apabila memikirkan sesiapa sahaja boleh ditahan dan dipenjara bertahun-tahun tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah dan tanpa melalui proses perbicaraan.
Bagi TAPOL, Kem Kamunting adalah pusat terhimpunnya segala kezaliman yang turut dialami oleh tahanan-tahanan politik di tempat-tempat lain di dunia.
Seperti apa yang dirasakan oleh Mumia Abu Jamal, seorang tahanan politik berkulit hitam di Amerika Syarikat apabila beliau mengatakan: “Distrust anyone in whom the desire to punish is powerful”.
Atau tahanan politik kaum Red Indian di Amerika Syarikat, Leonard Peltier dengan luahan hatinya: “Innocence is the weakest defense. Innocence has a single voice that can only say over and over again, ‘I didn’t do it’. Guilt has a thousand voices, all of them lie” dan menambah: “It seems it’s always the innocence who pays the highest price for injustice”.
Mumia turut menambah: “Under the government that imprisons any men unjustly, the true place for a just man is also a prison”. Mumia turut meluahkan: “We are all robbed of our innocence and are therefore all condemned to guilt”.
Suara TAPOL Suara Sejagat
Sama ada dihumban ke Kem Kamunting ataupun dipenjarakan di Amerika Syarikat, bagi TAPOL laungan suaranya tetap sama.
Leonard Peltier berkata: “Since you can never believe anything the government says, it’s impossible to trust a single piece of their evidence”. Apatah lagi penahanan TAPOL di Malaysia dilakukan tanpa perbicaraan dan TAPOL hanya dibekalkan dengan alasan-alasan tahanan yang penuh dengan fitnah, dusta dan penipuan.
Demikian juga TAPOL di negara China pada satu masa dahulu, Wei Jingsheng berkata: “It later became apparent to me that everything they had said was a lie from start to finish”.
Beliau menambah: “I had also adopted a new bias: unless there was solid evidence to convince me otherwise, I would regard all power holders as ruthless people lacking in conscience who had built their success on other’s misfortune”.
Ya! ISA ditakuti dan digeruni kerana ia adalah satu instrumen yang digunakan untuk mengekalkan status quo kuasa parti yang memerintah yang tidak mempedulikan persoalan maruah untuk menghumban sesiapa sahaja yang menentang atau mencabar status quo tersebut ke Kem Kamunting bertahun-tahun atau berbelas-belas tahun lamanya.
Read More.. Baca selengkapnya..
Memahami Kekejaman ISA (bag 9)
SIAPA YANG JADI MANGSA ISA?
TAKUT MENGHADAPI SOAL-SIASAT DAN PENDERAAN DI BAWAH KUASA POLIS
Sudah menjadi satu tanggapan yang universal bahawa berada dalam tahanan polis bererti didera, dipukul dan diseksa bagi tujuan mendapat pengakuan.
Polis dan pasukan keselamatan sering dilihat, bahkan memang benar-benar menjadi instrumen pihak yang sedang memerintah untuk menghapuskan sebarang suara sumbang yang cuba mencabar kuasa pemerintah.
Kes-kes penderaan dan penyeksaan mental atau fizikal atau kedua-duanya sekali ini telah didokumentasikan secara sistematik oleh badan-badan hak asasi manusia seperti Amnesty International.
Bukti-bukti pula mula timbul tentang penderaan fizikal dan penyeksaan yang dialami oleh mereka yang ditahan di bawah ISA di atas tuduhan sebagai anggota Jemaah Islamiah.
Berlakunya secara meluas penyeksaan semasa siasatan polis, penahanan di bawah pasukan keselamatan dan di kem-kem tahanan perang inilah antara lain yang mendorong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengisytiharkan Universal Declaration of Human Rights pada tahun 1948 yang secara khusus memperuntukkan artikel berkenaan larangan terhadap penderaan dan penyeksaan terhadap mana-mana manusia di dunia ini.
Wujudnya Article VII dalam Universal Islamic Declaration of Human Rights pada tahun 1981, iaitu setelah lebih 30 tahun PBB mengisytiharkan Universal Declaration of Human Rights adalah pengesahan terhadap tanggapan universal bahawa penyeksaan benar-benar dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap rakyat semasa dalam siasatan mahupun penahanan.
Dalam konteks ini, penyeksaan tersebut dilakukan terhadap rakyat yang beragama Islam oleh pihak berkuasa di negara-negara yang diperintah oleh orang-orang Islam.
Organization of Islamic Conference, OIC, turut mengeluarkan tiga deklarasi hak asasi sejagat dengan peruntukan tentang larangan terhadap penyeksaan.
Tindakan OIC ini turut menggambarkan bahawa hak asasi manusia adalah amat buruk di kalangan negara-negara umat Islam, dan penyeksaan masih diamalkan secara berleluasa.
Bagi aktivis rakyat yang mengikuti perkembangan politik pemerintah di seluruh dunia seperti di Iran, di Kemboja, di Afrika Selatan dan di Indonesia pada masa pemerintahan Soeharto, sudah cukup meyakinkan bahawa menyeksa para tahanan sudah hampir-hampir menjadi kegilaan polis dan pihak keselamatan di negara-negara tersebut.
Negara maju yang meletakkan standard bagi hak-hak asasi manusia seperti Amerika Syarikat sendiri, bukan hanya masih mengamalkan penyeksaan tetapi melatih pakar-pakar penyeksa dan pasukan-pasukan polis dan pasukan-pasukan keselamatan untuk menjalankan kegiatan di negara masing-masing.
William Blum mendedahkan pusat khas di Amerika Syarikat yang melatih para penyeksa untuk menjalankan kegiatan penyeksaan semasa proses soal-siasat di negara-negara Amerika Latin.
Bagi aktivis gerakan Islam pula, mengenang pengalaman tokoh-tokoh dan anggota-anggota Ikhwanul Muslimun di Mesir yang diseksa semasa regim Gamel Abdel Nasser dahulu memang amat menggerunkan.
Coretan Zainab Al-Ghazali tentang penyeksaan yang dilaluinya semasa soal-siasat di penjara tentera pastinya menjadikan aktivis gerakan Islam meyakini bahawa modus operandi yang digunakan oleh polis atau pasukan keselamatan adalah sama sahaja.
Sama ada di Mesir mahupun Malaysia, mendera, menyakiti dan menyeksa semasa berada dalam soal-siasat polis adalah satu perkara yang memang diamalkan.
Kegusaran aktivis rakyat di negara ini bahawa polis Malaysia menggunakan kaedah penyeksaan semasa soal-siasat bukan tidak berasas.
Bahkan disahkan dengan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dipukul semasa berada dalam tahanan polis, dan yang lebih menyedihkan dibogelkan oleh pihak polis.
Lebih dahsyat adalah beliau dipukul bukan oleh anggota polis biasa, tetapi beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara pada masa itu.
Rakyat Malaysia termangu-mangu memikirkan nasib mereka sendiri jika berada dalam tangan polis. Seorang yang baru beberapa hari sebelumnya menjawat kedudukan No. 2 di negara ini pun boleh diperlakukan sedemikian rupa oleh polis, inikan pula rakyat biasa!
Pada tahun 2003, polis Malaysia turut melakukan kekasaran kepada rakyat India dengan menampar dan membogelkan mereka. Sebagai tindakan balas India tarik diri sertai Hoki Piala Azlan Shah.
Fikir sahaja tentang ditahan oleh polis, sudah pasti terbayang kekerasan dan kekasaran yang akan dialami. Memikirkan disoal-siasat oleh polis pula, tergambar bermacam-macam tekanan yang pasti dilalui.
Tetapi, apabila mengenangkan disoal-siasat selama 60 hari di bawah ISA, Ya ISA yang merupakan raja segala undang-undang di negara ini, pasti aktivis rakyat menjadi bertambah gusar dan gerun.
Rasa gusar dan gerun ini bukan tidak berasas. Kegerunan ini berpijak di bumi nyata. Dr. Kua Kia Soong telah mengumpulkan bukti-bukti bahawa terdapat tahanan ISA telah benar-benar diseksa dan didera oleh pegawai-pegawai semasa soal-siasat 60 hari di bawah ISA di dalam bukunya.
Para TAPOL di Pusat Tahanan Batu Gajah telah mengeluarkan kenyataan pada 1 Mei 1969 bahawa mereka telah:
• dalam keadaan digari telah ditendang di bahagian perut dan dihantukkan kepala ke dinding sehingga berdarah.
• mencucuk jarum ke kuku di jari tangan dan meletakkan pensil di celah-celah jari tersebut sebelum ditekan dengan kuat untuk menyakiti tahanan.
• dibakar dengan pemetik api, disakiti dengan ‘rubber band’ dan dimasukkan paku ke dalam lubang kemaluan.
• diarah membuka seluar dan diperintah untuk duduk di atas botol yang terbuka.
• di arahkan untuk menanggalkan pakaian dan kemudian diarahkan berdiri di bawah kipas atau aircond sehingga pengsan.
• dipukul hingga berdarah (oleh FRU yang memasuki kem tahanan tersebut)
Dalam afidavit untuk tujuan habeas corpus pada Oktober 1988, sejak tahun Operasi Lalang, Yeshua Jamaluddin memberi keterangan bahawa beliau :
• tidak dibenarkan tidur secara berterusan berhari-hari lamanya.
• diserang oleh pegawai-pegawai penyiasat sehingga terjatuh ke lantai mencederakan bahagian belakangnya (kesannya beliau kencing berdarah).
• diarahkan untuk menanggalkan semua pakaian dan diarah untuk melakonkan seperti orang disalib di palang salib.
• diarahkan berdiri sebelah kaki sambil kedua tangan didepakan memegang selipar selama dua jam.
Pada Mac 1989, sesi Parlimen gempar apabila mendengar pendedahan Abdul Rahman Hamzah, bekas ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang telah diseksa semasa ditahan di bawah ISA. Menurut keterangan tersebut:
• ditendang, ditumbuk, ditempeleng dan dipukul dengan batang penyapu oleh tujuh orang pegawai penyiasat sehingga pengsan.
• diarahkan untuk berjalan itik, lompat katak dan merangkak di seluruh bilik, koridor dan bilik air.
• diarah untuk kencing seperti anjing.
• dimandikan dengan air sejuk dan diarah berdiri dekat aircond.
• dipaksa membuat beratus-ratus ‘pumping’ (push-ups).
• diletakkan sebuah tong (tin) yang menutup seluruh kepalanya dan tong (tin) itu dipukul dengan kayu. (Kesan daripada itu kepala dan bahagian atas mukanya menjadi bengkak).
• dicekik dengan tangan dan dipaksa berdiri dengan menarik kepalanya ke atas oleh pegawai penyiasat.
• dipukul di bahagian pipi dan dagu.
• dipulas tangan dan dihayun badannya oleh pegawai-pegawai ke arah dinding.
• melakonkan aksi seks.
• ‘melastik’ telinga dan puting tetek dengan ‘rubber band’.
• diperosokkan kepala ke mangkuk tandas yang kotor dan dipam berkali-kali.
• dicucuk-cucuk badannya dengan mop yang digunakan untuk mencuci tandas.
Dalam era Reformasi, Mior Abdul Razak telah mengeluarkan satu afidavit pada Februari 1999 mengatakan bahawa beliau telah ditakut-takutkan dan diancam serta dikasari untuk membuat pengakuan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Malek Hussein juga membuat laporan polis dan mengeluarkan afidavit bahawa semasa dalam tahanan ISA pada September 1998 beliau telah diseksa secara fizikal, dipukul dan dipaksa meminum air kencing oleh polis.
Dr. Munawar Anees yang ditahan di bawah ISA sebelum penahanan ISA terhadap aktivis Reformasi yang lain juga telah mengeluarkan pengakuan bersumpah setebal 36 muka surat menceritakan pengalamannya didera dan diperlakukan dengan kasar agar membuat pengakuan bagi tujuan menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri.
Tahanan Reformasi pada April 2001, juga turut mengalami kekasaran fizikal, tekanan mental dan perasaan, manipulasi psikologi, sesi ‘brainwashing’ berhari-hari lamanya dan pencabulan hak asasi mereka kerana ditahan sehingga hampir 60 hari semata-mata bagi tujuan mendengar pendedahan pegawai-pegawai penyiasat perihal ‘kehebatan’ pasukan polis, terutamanya SB.
Dokumentasi penyeksaan dan penderaan yang dilalui oleh tahanan ISA sama ada melalui aduan kepada badan-badan hak asasi manusia, afidavit, aduan polis, aduan kepada SUHAKAM, pendedahan dalam representasi dan bahan-bahan ulangkaji di hadapan Lembaga Penasihat dan buku-buku yang ditulis sendiri oleh mereka adalah bukti-bukti yang jelas lagi nyata memang benar-benar berlaku penderaan, kekerasan dan penyeksaan semasa soal-siasat 60 hari dalam penahanan ISA.
Itulah sebabnya ISA digeruni oleh rakyat negara ini kerana proses soal-siasat 60 hari tersebut penuh dengan risiko bahawa mereka pun mungkin akan didera dan diseksa.
Read More.. Baca selengkapnya..
Memahami Kekejaman ISA (bag 10)
TAKUT KERANA TIDAK DAPAT PEMBELAAN JIKA KES DIBAWA KE MAHKAMAH
Sejak bermulanya ISA, pihak pemerintah telah mempertahankan bahawa satu-satunya hakim dan penentu dalam hal-ehwal keselamatan negara adalah pihak pemerintah sendiri.
Pihak pemerintah yang membuat keputusan untuk menangkap seseorang dan menahannya untuk beberapa tahun di Kem Kamunting jika pihak pemerintah berpuas hati bahawa dengan menahan orang tersebut boleh mengelakkan ia daripada terus mengancam keselamatan negara.
Keputusan menahan orang tersebut adalah hak mutlak pemerintah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri, bukan hak mahkamah. Hakim dalam urusan keselamatan negara adalah Menteri Dalam Negeri, bukan hakim dalam mahkamah terbuka.
Realiti ini diketahui dengan jelas oleh aktivis rakyat. Mahkamah bukan tempat untuk mengadu nasib kalau anda ditahan di bawah ISA. Ramai para TAPOL telah mengemukakan writ habeas corpus di mahkamah dengan pelbagai hujah-hujah baru, namun tahap kejayaannya boleh dikatakan sifar!
Permohonan habeas corpus bukanlah perkara baru di negeri-negeri Melayu. Sejak tahun 1920an lagi menjadi kebiasaan bagi rakyat untuk mengemukakan permohonan habeas corpus apabila penahanan dilakukan oleh pihak pemerintah.
Menjelang tahun 1930, penahanan seseorang itu tidak boleh dianggap tidak betul atau tidak sah sekiranya penahanan tersebut tidak dapat dicabar melalui permohonan habeas corpus.
Peraturan ini terus diamalkan termasuk apabila satu-satu bekas tanah jajahan British, iaitu India, di mana hakim-hakim di tujuh buah negeri di India meluluskan permohonan habeas corpus 43 orang yang ditahan di bawah kuasa undang-undang darurat semasa pemerintahan Indira Gandhi di antara tahun 1975 dan 1977.
Dalam rayuan kerajaan di atas ketulusan hakim-hakim ini, ketua hakim negara India pada masa itu enggan mengubah apa yang telah diputuskan oleh hakim-hakim mahkamah di tujuh negeri tersebut.
Di negara ini, selepas sembilan tahun ISA dikuatkuasakan, mahkamah telah membuat ketetapan dalam kes Karam Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bahawa keputusan dan tindakan Menteri dan polis dalam menguatkuasakan peruntukan-peruntukan dalam ISA adalah bersifat subjektif.
Oleh itu mahkamah tidak boleh menilainya serta mengemukakan bukti-bukti yang objektif dikemukakan oleh pihak berkuasa di atas penangkapan dan penahanan yang dibuat.
Setelah keputusan dibuat dalam kes Karam Singh ini, sebarang usaha oleh mana-mana hakim untuk membuat keputusan selain daripada apa yang ditetapkan pasti akan diketepikan di mahkamah rayuan.
Kes Karam Singh adalah satu penghalang terbesar kepada mana-mana tahanan ISA untuk mendapatkan kebebasannya melalui permohonan habeas corpus di mahkamah.
Antara kes yang cuba beralih daripada ketetapan dalam kes Karam Singh adalah kes Karpal Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Dalam kes Karpal Singh, Mahkamah Tinggi telah meluluskan permohonan habeas corpus dan membebaskannya.
Namun kerajaan telah bertindak pantas. Dalam perjalanannya pulang ke rumahnya Karpal Singh telah ditangkap semula dan telah ditahan dengan perintah tahanan yang baru selama dua tahun.
Kes Lim Kit Siang & Ors v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pula melalui proses yang lebih dramatik. Permohonan habeas corpus kes Lim Kit Siang sepatutnya di bawa ke mahkamah pada 13 Julai 1988.
Pindaan ISA diluluskan oleh sesi khas Dewan Negara pada 10 Julai 1988. Pindaan ini dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong pada 14 Julai 1988 dan digazetkan sebagai undang-undang pada 15 Julai 1988 tepat jam 12.01 tengahari!
Sementara itu mahkamah meluluskan permohonan Pejabat Peguam Negara agar perbicaraan habeas corpus yang dijadualkan pada 13 Julai 1988 ditangguhkan ke 14 Julai 1988.
Lim Kit Siang dan rakan-rakannya yang lain yang ditahan dalam Operasi Lalang ISA itu gagal dalam permohonan habeas corpus mereka.
Selepas pindaan 1988, satu lagi pindaan dibuat terhadap ISA pada tahun 1989. Seksyen baru dimuatkan bagi menghalang sebarang penilaian mahkamah dilakukan terhadap penangkapan dan penahanan ISA.
Selepas pindaan ISA pada 1989, hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan dan prosedur sahaja yang boleh dicabar di mahkamah. Dengan dua pindaan tersebut, hampir semua ruang ditutup untuk mencabar ISA di mahkamah.
Walau bagaimanapun, kes tahanan reformasi dalam kes Abdul Ghani Haroon & Anor v. Ketua Polis Negara dan kes Mohd Ezam & Ors v. Ketua Polis Negara sesuatu yang menarik boleh dikatakan berlaku dalam kes kuasa subjektif penangkapan di bawah ISA.
Namun dalam kes Nasharuddin Nasir v. Ketua Polis Negara, pihak kerajaan mengulang semula apa yang biasa dilakukan sebelum ini dengan menahan semula mereka yang telah dibebaskan oleh mahkamah kerana memenangi kes habeas corpus mereka.
Namun setelah keputusan kes Mohd Ezam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan hakim dalam urusan keselamatan negara adalah pihak eksekutif (pemerintah) dan bukannya mahkamah.
Hujahnya: “This is because the court is not able, in all fairness, to decide on matters pertaining to national security. The security of this country is the absolute right of the Executive. This must be stated clearly in the law”. Untuk itu peruntukan-peruntukan ISA akan dipinda bagi memberi kuasa mutlak ini kepada pemerintah.
Selepas keputusan habeas corpus Nasharuddin Nasir, Kerajaan turut akan memperketatkan lagi ISA. Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri bahawa jika mahkamah bebaskan tahanan, polis boleh tangkap mereka semula apabila ditanya oleh isteri-isteri tahanan ISA adalah satu kenyataan yang menunjukkan keangkuhan pemerintah.
Read More.. Baca selengkapnya..
Memahami Kekejaman ISA (bag 11)
TAKUT KERANA TERUS DITAKUT-TAKUTKAN OLEH SB
Kepada aktivis rakyat, ISA bererti kehidupan yang tidak selesa kerana sering dan berterusan menghadapi ‘harassment’ atau ditakut-takutkan oleh SB. Kepada aktivis rakyat, mereka sedar bahawa SB tidak ada kerja lain selain daripada memantau dan mengekori aktiviti-aktiviti berorientasi politik yang dijalankan oleh aktivis rakyat.
Tugas SB adalah untuk memaju dan memenangkan aktiviti-aktiviti politik parti yang memerintah, iaitu UMNO dan BN, dan dalam masa yang sama menyekat dan menewaskan aktiviti-aktiviti politik parti-parti, NGO-NGO dan individu-individu yang membangkang parti yang memerintah.
Bagi mereka yang sedang ditahan ISA dan berada di Kem Kamunting, setiap enam bulan pegawai-pegawai SB akan datang untuk mengutarakan beberapa persoalan.
Tujuannya adalah untuk memberi tekanan kepada para tahanan bahawa jika memberi ucapan yang positif dan menunjukkan tanda-tanda telah ‘pulih’ dan ‘insaf’, maka besar kemungkinan mereka akan dibebaskan cepat.
Pendekatan ini sebenarnya satu ‘harassment’ yang ‘halus’ dilakukan oleh SB terhadap tahanan ISA. Tidak sedikit tahanan ISA yang sedang menjalani ‘pemulihan’ di Kem Kamunting termakan dengan ‘harassment’ licik pegawai-pegawai SB ini.
Kepada para tahanan yang sedang berada di Kem Kamunting yang ‘termakan’ dengan ‘harassment’ licik SB ini mengambil pendirian untuk duduk diam dan tidak melawan.
Mereka tidak mahu mengambil peguam untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah. Mereka turut meminta isteri dan kaum keluarga mereka untuk duduk diam dan tunggu sahaja masa dan ketikanya mereka akan dibebaskan.
Para isteri yang berada di luar juga, jika menunjukkan tanda-tanda ingin melawan, maka para isteri ini sendiri akan menghadapi ‘harassment’ daripada SB. Ke mana sahaja isteri yang aktif pergi mereka akan diekori, diambil foto dan disusah-susahkan pergerakan mereka.
Tahanan ISA yang digantung penahanannya di Kem Kamunting dan dikenakan sekatan kawasan turut menghadapi ‘harassment’ daripada pihak polis dan SB semasa mereka melaporkan diri setiap minggu di balai polis. Bagi mereka yang berpotensi atau ‘memiliki kualiti’ untuk ditahan di bawah ISA, hidup mereka tidak tenteram.
Seringkali mereka terpaksa berhati-hati ketika hendak ke mana-mana kerana pasti akan diekori. Sering terdapat kereta ‘proton Wira putih’, parking dekat kawasan rumah atau di tempat mereka menghadiri mesyuarat. Tidak kurang pula yang perlu lebih berhati-hati apabila bercakap melalui telefon kerana percaya bahawa telefon mereka kena ‘tapped’.
Tidak sedikit pula di kalangan aktivis yang bertaraf ‘ISA-Quality’ ini diarah melalui panggilan telefon untuk datang ke ibu pejabat atau balai polis untuk menjawab pelbagai soalan.
Soal-siasat haram ini, yang tujuan utamanya hanyalah untuk melakukan ‘harassment’ terhadap aktivis rakyat, biasanya berjalan berjam-jam lamanya. Kadang kala, aktivis ini diminta datang lagi, ataupun datang secara berkala untuk melalui soal-siasat haram ini.
Ramai aktivis rakyat terpaksa melalui ‘harassment’ SB-SB ini demi mengelakkan ‘harassment’ yang lebih besar dengan bersetuju untuk pergi ke ibu-ibu pejabat dan balai-balai polis apabila dipanggil.
Kurangnya pengalaman dan kurangnya kesedaran serta pengetahuan tentang hak-hak mereka menjadikan ramai aktivis akur dengan arahan haram SB-SB untuk datang dan menjawab soalan-soalan mereka.
‘Harassment’ daripada SB-SB dan kecenderungan kebanyakan aktivis rakyat untuk tidak melalui kesusahan berhadapan dengan SB-SB inilah antara sebab ISA menjadi undang-undang yang amat berkuasa untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini.
Di atas segala-galanya, ISA amat digeruni dan ditakuti oleh rakyat negara ini kerana undang-undang zalim ini membolehkan penahanan sekurang-kurangnya dua tahun atau mungkin disambung bertahun-tahun atau berbelas-belas tahun tanpa sebarang perbicaraan.
ISA adalah undang-undang yang menjadikan anda ditahan tanpa bicara semata-mata di atas keputusan seorang manusia di atas jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri!!
Read More.. Baca selengkapnya..
Langganan:
Postingan (Atom)
